Dun Apas — 09 March 2012
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Tawau mengadakan Hari Peringatan PPPM baru-baru ini. Program yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara itu dirasmikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Persatuan Pandu Puteri yang telah lebih 100 tahun wujud didunia dan bergerak aktif di daerah Tawau sejak berpuluh-puluh tahun merupakan medan terbaik untuk melatih kepimpinan remaja wanita melalui aktiviti persatuan seragam dan kemasyarakatan. Peranan golongan wanita dalam pembangunan sesebuah negara amatlah diperlukan dan penglibatan awal dalam kegiatan seperti Pandu Puteri sudah pasti memberi pendedahan serta pengalaman berguna untuk golongan wanita memainkan peranan lebih aktif dalam Pembangunan Negara tercinta.