Dun Apas — 10 March 2012
Kolej Komuniti Tawau

Kolej Komuniti Tawau merupakan kolej seumpamanya yang paling terawal diwujudkan di Sabah dan telah banyak menaburkan jasa dalam mengeluarkan graduan dalam bidang automotif, komputer dan elektrikal di Sabah khususnya di Tawau. Kolej ini juga turut memberi peluang kepada masyarakat setempat mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang yang boleh menjana pendapatan masyarakat khususnya yang tinggal di luar bandar. Ahli Jawatan Kuasa Penasihat Kolej yang diketuai YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mengadakan mesyuarat untuk memantapkan lagi peranan KKT bagi menjana Masyarakat Berpengetahuan serta merealisasikan Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda