Dun Apas — 09 March 2012
Mesyuarat Agung Persatuan Penjaja Melayu Pasar Tanjung Tawau 2012

Penjaja Melayu yang berniaga di Pasar Tanjung Tawau diseru agar bersatu dibawah payung Persatuan Penjaja Melayu Pasar Tanjung Tawau (PERJAM) agar kebajikan mereka akan sentiasa terbela. Saranan tersebut dibuat oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Mesyuarat Agung Kali-1 PERJAM bertempat di Perpustakaan Wilayah Tawau. Tawfiq juga menasihatkan para penjaja yang diberi peluang menjalankan perniagaan di Pasar Tanjung untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri dan tidak mengAli-Babakan lesen mereka kepada pihak lain. Beliau juga menyeru para peniaga agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan mereka agar satu hari ini akan memiliki aset serta perniagaan yang lebih besar dimasa hadapan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda