Dun Apas — 28 March 2012
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Kg Titingan 20122013

Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan wadah terbaik untuk menjalin kerjasama erat antara ibu-bapa dan guru bagi memastikan kebajikan pendidikan murid sentiasa terbela. Sehubungan itu, amatlah penting bagi mereka-mereka yang diberi amanah menjawat jawatan dalam PIBG melaksanakan tanggung-jawab dengan penuh dedikasi untuk kebaikan masa-depan anak-anak yang belajar disekolah tersebut. Demikian antara sedutan ucapan ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Kg Titingan Tawau bagi sesi 2012-2013 hujung minggu lalu. Tawfiq juga menambah bahwa ibu-bapa perlu sentiasa perihatin terhadap pembelajaran anak-anak mereka bukan sahaja semasa di sekolah bahkan juga semasa anak-anak berada dirumah masing-masing. Budaya pentingkan Ilmu Pendidikan perlu diwujudkan dirumah dan suasana kondusif untuk belajar perlu ada bagi meransang anak-anak menjadikan rumah sebagai kelas untuk mengulang-kaji pelajaran dengan selesa.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply