Dun Apas — 28 March 2012
Program Info Komuniti 1Malaysia Kg Inderasabah Tawau

Masyarakat kampung yang terdiri dari pelbagai suku-kaum, agama dan adat-resam perlu terus bersatu-padu dan memastikan keharmonian kampung terus dipertahankan. Perpaduan dan keharmonian ini merupakan pra-syarat untuk kehidupan yang aman serta sejahtera dimana permuafakatan yang terjalin akan menyerlahkan pembangunan serta kemajuan terancang untuk kebaikan kampung serta penduduknya. Komuniti 1Malaysia Kg Inderasabah adalah contoh terbaik di Parlimen Tawau dari segi hubungan erat antara masyarakat kampung walaupun penduduknya terdiri pelbagai suku termasuk Tidung, Bajau, Bugis, Suluk dan lain-lain. Dengan perpaduan erat yang terjalin, pelbagai kemudahan dapat disalurkan ke Kg Inderasabah walaupun Kampung tersebut merupakan antara kawasan dalam DUN Apas yang paling jauh jaraknya dari Bandar Tawau. Antara kemudahan yang terdapat termasuklah jalanraya bertar, sekolah rendah, asrama desa, dewan serbaguna, letrik, masjid, tadika, gelanggang Futsal, padang bola . Selain itu, bekalan air bersih bakal dinikmati warga kampung dalam masa terdekat dengan siapnya projek retikulasi paip air ke kampung tersebut sejauh 12 km dari paip utama di Jalan Balung. Kampung Inderasabah juga merupakan kampung pertama di Parlimen Tawau menikmati perkhidmatan WI FI percuma.

Baru-baru ini, ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merasmikan Program Info Komuniti 1Malaysia dimana antara pengisiannya adalah Ceramah Motivasi Pertanian yang disampaikan oleh Pengurus Lembaga Pertubuhan Peladang Tawau Sdr Jailani Asis. Beberapa acara sukaneka untuk warga kampung juga turut diadakan. Antara yang turut hadir termasuk Tuan Lajabasal Hj Lolok, Pegawai Penerangan Bahagian Tawau dan Tn Hj Naim Ahmat ,Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan DUN Apas.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda