Dun Apas — 28 March 2012
Program Sayangi Sabah Selamat Sejahtera

Program 4S bagi DUN Apas anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Tawau dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg Batu Payung Tawau pada ahad lalu. Program yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Kg Batu Payung, Kg Tinagat, Kg Membelua serta kampung sekitarnya dirasmikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapannya, Tawfiq menyeru semua rakyat terus bersatu -padu tanpa mengira suku-kaum, agama serta adat resam untuk menjamin kelangsungan keamanan , kerukunan serta keharmonian yang dikecapi kini. Dengan wujudnya keamanan, maka sudah pasti penumpuan akan dapat diberikan untuk membangunkan negeri dan negara serta mensejahterakan lagi kehidupan rakyat. Banyak contoh-contoh yang berlaku dinegara lain apabile nikmat keamanan sudah hilang, maka yang akan menderita adalah rakyat jelata dengan pembangunan turut terbantut. Beberapa Jabatan serta Agensi Kerajaan Persekutuan turut hadir untuk mengadakan Dialog dengan para penduduk sempena Program 4S tersebut. Turut hadir Pengarah MKN Negeri Sabah serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau Ariffin Kassim.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda