Dun Apas — 02 April 2012
Majlis Meraikan Kecemerlangan SPM 2011 SMK Titingan

Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan Tawau merupakan sekolah yang terbaik di daerah Tawau dengan pencapaian keputusan SPM 100% bagi Tahun 2011. Sehubungan itu Majlis Meraikan Kecemerlangan SPM 2011 bagi SMK Titingan diadakan di Hotel Emas Tawau dengan kehadiran ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sebagai tetamu kehormat. Dalam ucapannya di majlis itu, Tawfiq memuji kejayaan SMK Titingan dan menganggap kejayaan tersebut merupakan hasil komitmen serta perancangan rapi guru-guru dengan sokongan PIBG sekolah. Tawfiq juga turut menyampaikan Sumbangan Penghargaan diatas kejayaan cemerlang SMK Titingan dengan menyerahkan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada sekolah. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2011 turut diberikan hadiah penghargaan yang disampaikan oleh Datuk Tawfiq.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply