Dun Apas — 29 April 2012
Pelancaran Gerak Kerja BN Sabah 2012

Semua parti-parti komponen BN di Sabah diarahkan supaya menggerakkan Bilik Gerakan masing-masing walaupun tarikh PRU13 masih menjadi teka-teki. Arahan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Penyelaras BN Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah YAB DSP Musa Hj Aman. Beliau juga mahu semua jentera BN bersiap-siaga dan proaktif dalam memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai sebarang isu serta pembohongan yang dilakukan oleh pihak-pihak pembangkang. Sehubungan itu, penggunaan teknologi maklumat seperti Blog, Laman Sosial, Twitter dan lain-lain perlu dipertingkatkan bagi mendekati generasi muda dan memberi penjelasan tentang Dasar Kerajaan serta pencapaian kerajaan . Dalam Majlis tersebut, DSP Musa juga turut menyampaikan Watikah Perlantikan Penyelaras BN bagi 25 Kawasan Parlimen Negeri Sabah. Turut disampaikan ialah bendera BN kepada semua Parti-Parti Komponen BN .

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda