Dun Apas — 02 April 2012
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Tawau 2012

Ibu-bapa wajar menyediakan suasana kondusif dirumah untuk anak-anak mereka belajar atau mengulang-kaji pelajaran mereka semasa dirumah. Keperihatinan ibu-bapa terhadap kebajikan pembelajaran anak-anak ini merupakan pra-syarat untuk anak-anak tersebut mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi. Kenyataan ini disebut oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Tawau bagi sesi 2012-2013. Datuk Tawfiq juga menambah bahwa kerjasama erat serta permuafakatan ibu-bapa dengan pengurusan sekolah amatlah kritikal dalam memastikan kualiti pembelajaran murid semasa di sekolah terus terjamin. Sehubungan itu, ahli jawatankuasa PIBG yg dipilih haruslah melaksanakan tugas serta tanggung-jawab mereka dengan penuh amanah dan dedikasi demi masa-depan bangsa dan negara.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda