Dun Apas — 29 April 2012
Seminar Pemanduan Berhemah Kenderaan Awam Daerah Tawau

Pemilik serta pemandu kenderaan pengangkutan awam didaerah ini disarankan agar sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan PUSPAKOM sebelum berada di jalanraya. Saranan tersebut dilakukan oleh ADUN Apas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Seminar Pemanduan Berhemah Kenderaan Awam Daerah Tawau di Perpustakaan Tawau. Kenderaan awam yang tidak diselia dengan baik bukan sahaja berisiko kepada pemandu bahkan juga berbahaya kepada penumpang serta pengguna jalanraya yang lain. Dalam majlis yang sama, Tawfiq juga menyokong penuh permohonan beberapa persatuan kenderaan awam di Tawau yang merayu agar tempoh hayat bas awam dilanjutkan tanpa had selagi lulus ujian PUSPAKOM manakala tempoh hayat kenderaan teksi pula di panjangkan dari 15 tahun kepada 20-30 tahun tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan PUSPAKOM. Seramai 400 pemilik syarikat kenderaan awam dan ahli-ahli Persatuan Kenderaan awam daerah Tawau menghadiri seminar tersebut.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda