Dun Apas — 29 April 2012
Seminar UNIK ENGLISH Daerah Tawau

Biro Pendidikan UMNO Bahagian Tawau dengan kerjasama sebuah syarikat swasta telah mengadakan Seminar Pendidikan “Unik English” bertempat di Hotel Promenade Tawau. Seminar yang dihadiri murid dan pelajar dari beberapa sekolah rendah dan menengah daerah Tawau bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid serta pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Apas merangkap Ketua UMNO Bahagian Tawau YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Turut hadir Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Tawau Tn Hj Alizaman Zizurahman, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau Hadi Abd Karim dan beberapa Pengetua dan Guru Besar daerah Tawau.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply