Dun Apas — 03 May 2012
Karnival Sukan Bermotor Tawau 2012

Penganjuran Karnival Sukan Bermotor Tawau 2012 merupakan manifestasi kejayaan masyarakat khususnya generasi muda dalam memajukan bidang permotoran bagi manafaat seluruh rakyat. Demikian ucapan Ketua Menteri Sabah YAB DSP Musa Hj Aman semasa merasmikan Karnival Sukan Bermotor 2012 di Tawau. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Sambil memuji usaha yang dibuat oleh penganjur Karnival ini yakni Persatuan Sukan Bermotor Tawau, DSP Musa juga berharap agar program ini akan memberi kesan dalam mengurangkan masaalah kemalangan jalan raya dan kes-kes lumba haram. Sehubungan itu, beliau berharap aktiviti persatuan akan terus mendapat kerjasama dari agensi-agensi kerajaan seperti PDRM,JPJ dan PUSPAKOM. Karnival yang berlangsung selama 2 hari tersebut telah menarik ribuan pengunjung dan disertai oleh pelumba yang datang dari seluruh Sabah dan negara jiran Indonesia.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply