Dun Apas — 08 May 2012
Mesyuarat Agung USIA Bahagian Tawau 2012

USIA Bahagian Tawau digesa untuk memberikan tumpuan kepada usaha menyemarakkan Dakwah diperingkat akar-umbi. Seruan tersebut dibuat oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Mesyuarat Agung USIA Bahagian Tawau di Dewan Asnur. Tawfiq juga menambah yang Amanah menjadi “Khairu-Ummah” perlu diterjemaahkan oleh ummat islam dalam kehidupan seharian dengan menjadikan tugas sebagai Daie ilallah sebagai sebahagian tugasan semua. Untuk itu, beliau mahu USIA Tawau menyemarakkan program “turun padang” untuk menghidupkan budaya cinta kepada ilmu agama dikalangan masyarakat khususnya generasi muda. Dalam majlis tersebut, Datuk Tawfiq turut menyumbangkan 200 buah kompang kepada USIA Tawau untuk diagihkan kepada Biro Belia dan Biro Wanitanya.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda