Dun Apas — 08 May 2012
Pameran IT Tawau 2012

Tawau Computer Group(TCG) merupakan gabungan usahawan muda IT didaerah Tawau yang aktif dalam penganjuran ekspo serta pameran produk IT. Pameran IT Tawau 2012 merupakan acara tahunan kali-2 dianjurkan TCG yang bertujuan mempamerkan produk IT terkini yang terdapat dipasaran . Pameran tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapannya, Tawfiq menyeru masyarakat Tawau mengambil manafaat dari Teknologi ICT untuk meningkatkan daya-saing mereka dalam pemasaran produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pada masa yang sama, Tawfiq juga menyeru peniaga IT untuk memastikan produk IT yang dipasarkan adalah dalam harga yang wajar serta mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat di Tawau. Beliau juga mahu melihat usahawan ICT Bumiputera dilibatkan sama dalam penganjuran Pameran IT Tawau dimasa akan datang.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda