Dun Apas — 14 May 2012
Ramah Mesra Rakyat Di Kediaman Luis Pulis , Kg Sg Apas

Lebih 500 warga Kg Sg Apas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang diadakan di kediaman Sdr Luis Pulis. Dalam ucapannya, Datuk Tawfiq menyatakan penghargaan atas daya-usaha Luis Pulis mengadakan perhimpunan tersebut yang bertujuan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara warga kampung yang terdiri dari pelbagai bangsa dan suku-kaum. Tawfiq juga menyeru warga kampung untuk terus memberi sokongan kepada Kerajaan BN yang telah membawa banyak kemudahan asas seperti Jalanraya, Jambatan merentangi sungai Apas, loji air apas-balung serta program one-off seperti bantuan RM100 untuk murid sekolah, Baucer RM200 untuk pelajar IPTA/IPTS , BR1M RM500 untuk keluarga berpendapatan RM3,000 kebawah serta pelbagai subsidi yang diberikan untuk barangan keperluan asas rakyat. Kesemua ini, kata Tawfiq ,dilakukan Kerajaan untuk manafaat rakyat keseluruhannya dan mampu diadakan hasil pengurusan kewangan kerajaan yang baik. Sebagai contoh juga, beliau menyatakan pengurusan kewangan kerajaan Sabah telah mendapat pengiktirafan Sijil Bersih oleh Ketua Audit Negara selama 11 Tahun berturut-turut. Dalam Majlis tersebut, Tawfiq turut menyampaikan bantuan kepada 70 orang warga emas .

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda