Dun Apas — 03 May 2012
Tinjauan Mesra Kg Batu Payung

ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan baru-baru ini membuat Tinjauan Mesra di Kg Batu Payung, Tawau. Antara tempat yang mendapat perhatian beliau ialah keadaan keluarga Puan Sairah Sahabudin bersama suami dan 6 anak yang tinggal dalam Kemah. Sebelum ini, keluarga tersebut tinggal bersama ayah Puan Sairah namun atas sebab-sebab perselisihan faham keluarga maka mereka mengambil keputusan meninggalkan rumah tersebut. Oleh kerana tidak mempunyai tempat untuk dituju serta tidak berkemampuan untuk menyewa rumah lain, keluarga tersebut terpaksa menginap disebuah kemah ditepi pantai Kg Batu Payung. Dalam lawatan tinjauan mesra yang disertai pemimpin kampung, Tawfiq telah menghulurkan bantuan peralatan untuk pembinaan rumah baru ditapak yang sama setelah mendapat izin pemilik tanah berkenaan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply