Dun Apas — 14 June 2012
Ekspo Pertanian MP3 Parlimen Tawau

Pengeluar produk pertanian di Parlimen Tawau kini mempunyai alternatif untuk memasarkan produk mereka dengan wujudnya Ekspo Pertanian Tawau . Ekspo Pertanian yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tawau tersebut diadakan sekali sebulan iaitu setiap Sabtu pertama setiap bulan. Perasmian Ekspo Pertanian Tawau buat kali pertama telah disempurnakan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tawau baru-baru ini. Dalam ucapan perasmiannya, Tawfiq menyeru para petani serta usahawan tani mengambil peluang memasarkan terus produk mereka kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah. Dengan ini keuntungan yang boleh dijana adalah lebih besar dan boleh dilaburkan semula untuk meningkatkan produktiviti pertanian atau perusahaan tani mereka. Sementara itu, sebagai acara sampingan beberapa warga emas dan daif menerima sumbangan zakat dari Agro Bank cawangan Sabah. Pertandingan melukis untuk kanak-kanak juga turut diadakan dengan tema pertanian. Dalam majlis yang sama, Pendaki Gunung Everest dari Tawau yang berjaya sampai sehingga hampir kemuncak Gunung Everest iaitu Azlan Jumaan telah turut menceritakan pengalaman beliau mendaki Gunung tertinggi di dunia tersebut selama 3 bulan. Azlan juga turut memberi motivasi kepada semua untuk berusaha bersungguh-sungguh serta berdisiplin bagi mencapai kejayaan dalam apa juga bidang.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda