Dun Apas — 27 June 2012
Hari Guru Peringkat Daerah Tawau 2012

Warga pendidik di daerah Tawau diberi pujian atas kejayaan menyerlahkan prestasi pencapaian pendidikan sekolah-sekolah daerah ini bukan sahaja diperingkat Negeri, malah hingga ke peringkat Kebangsaan. Pujian tersebut diberikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tawau. Tawfiq juga menyeru agar prestasi yang cemerlang itu bukan sahaja dipertahankan bahkan dipertingkatkan lagi dimasa-masa mendatang. Beliau juga mahu warga pendidik memainkan peranan untuk membangunkan jiwa serta minda anak-anak didik mereka dengan penuh kasih-sayang. Warga pendidik juga perlu melaksanakan amanah serta tanggung-jawab mereka dengan lebih effisien . Mereka juga perlu sentiasa memberi ruang kepada penggunaan teknologi terkini dan mengamalkan inovasi selaras dengan Transformasi Pendidikan Negara. Beberapa anugerah turut disampaikan dalam majlis tersebut termasuk Anugerah Tokoh Guru 2012 .

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda