Dun Apas — 12 June 2012
Hari Ibu Peringkat Kg Batu Payung 2012

Baru-baru ini Jiran Wanita KRT Kg Batu Payung Tawau telah bekerjasama dengan Komuniti 1Malaysia Kg Batu Payung untuk melaksanakan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kg Batu Payung. Sambutan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kg Batu Payung telah dirasmikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.Antara acara yang diadakan termasuk persembahan kebudayaan oleh ibu-ibu Kg Batu Payung dan penganugerahan Tokoh Ibu.Setelah penelitian rapi dilakukan, Tokoh Ibu untuk Kg Batu Payung dianugerahkan kepada Puan Hasnah Janudi , seorang Ibu Tunggal yang sangat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan di Kg Batu Payung dan kawasan sekitarnya. Hadiah disampaikan oleh Datin Rahmah Sayed Ali, isteri kepada ADUN Apas. Bantuan ehsan juga disampaikan kepada warga emas, ibu tunggal serta balu-balu tidak berkemampuan dari Kg Batu Payung , Kg Tinagat serta Kg Membalua.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda