Dun Apas — 27 June 2012
Program Cinta Alam Belia Akar Umbi 2012

Generasi muda perlu menyiapkan diri dengan kualiti asas bagi mempertahankan dan meningkatkan kejayaan yang dikecapi hasil sumbangan generasi lalu dan kini. Gesaan tersebut dibuat oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Program Cinta Alam Belia Akar Umbi 2012 yang diadakan di Taman Usba Kg Batu Payung, Tawau. Tawfiq juga mahu generasi belia menghayati kepentingan menjaga kelestarian Alam Sekitar dan mewujudkan semangat kesukarelaan dalam aktiviti-aktiviti yang menjurus kearah pemeliharaan Alam Sekitar. Dimajlis yang sama, Tawfiq mengajak generasi muda menyertai Persatuan-Persatuan Belia yang berdaftar bagi menggilap potensi serta bakat yang ada pada mereka . Melalui persatuan juga, para belia akan menerima banyak manafaat dari Kerajaan contohnya Geran Peruntukan tahunan, peluang mengikuti kursus kemahiran dan lain sebagainya.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda