Dun Apas — 12 June 2012
Program Hari Keluarga MPWK Tawau 2012

Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Tawau mengadakan Program Sambutan Hari Keluarga 2012 bertempat di Kg Inderasabah. Program yang dilangsungkan sehari suntuk tersebut dirasmikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Dalam ucapannya, Tawfiq menekankan peri-pentingnya usaha berterusan dilakukan untuk memantapkan Institusi Keluarga sebagai prasyarat bagi melahirkan masyarakat dan negara yang sihat, produktif, sejahtera serta makmur. Sehubungan itu, setiap ahli unit keluarga wajar memahami serta menghayati peranan masing-masing khususnya peranan penting yang dimainkan oleh Ayah dan Ibu. Disamping menitik-beratkan pendidikan akademik, keluarga juga perlu keseimbangan dalam didikan moral dan keagamaan untuk melahirkan kekuatan jati-diri dalam menghadapi pelbagai cabaran yang melanda dalam dunia yang begitu pantas berubah. Pelbagai acara sukanneka keluarga diadakan termasuk pertandingan tarik-tali. Turut hadir Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Tawau Datuk Hjh Rosdianah Mohd Nor

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda