Dun Apas — 12 June 2012
Program Pembangunan Belia Islam Kg Jawa Kongsi 10

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) disaran agar menganjurkaan lebih banyak aktiviti melibatkan golongan belia peringkat akar-umbi.Saranan tersebut dibuat Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa berucap merasmikan Program Pembangunan Belia Islam anjuran Belia USIA Kg Jawa Kongsi 10 dalam DUN Balung. Tambah Tawfiq lagi, untuk memastikan kesinambungan kejayaan negara dimasa hadapan, amatlah penting generasi belia islam dilengkapi dengan kekuatan akidah , ilmu serta akhlak yang murni disamping kualiti asas lain yang akan menambah nilai diri masing-masing. Sudah pasti kejayaan hari ini bukan sahaja tidak mampu ditingkatkan bahkan sukar dipertahankan andai generasi muda yang ada tidak berkualiti serta rosak akhlak budi pekerti. Sehubungan itu, NGO islam seperti USIA wajar mencari pendekatan untuk menyedarkan generasi muda islam untuk menghayati peranan serta sumbangan mereka dalam memastikan keamanan serta kemakmuran negara berkekalan sampai bila-bila. Seramai 100 belia dan beliawanis menyertai program tersebut.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda