Dun Apas — 23 July 2012
Kursus Perusahaan Industri Sarang Burung Walit Bersama Dr Faiz

Kejayaan seseorang usahawan memerlukan individu tersebut memiliki pengetahuan teknikal dalam bidang keusahawanan yang diceburi selain kemahiran asas perniagaan yang lain. Usahawan juga perlu ada kemahiran dalam menganalisa keboleh-pasaran produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan agar perniagaan yang diceburi tidak berakhir dengan kerugian. Semasa merasmikan Kursus Perusahaan Industri Sarang Burung Walit Bersama Dr Faiz Hashim di Tawau, ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan memuji keperihatinan Dr Faiz Hashim seorang Pakar Industri Sarang Burung Walit yang sudi berkongsi pengetahuan beliau dalam industri yang kompetitif ini. Dr Faiz dalam Ceramahnya menyatakan bahwa mewujudkan Perusahaan Sarang Burung Walit kini boleh dilakukan dirumah sendiri dengan modal serendah RM5,000-RM10,000 dengan syarat kawasan tersebut perlu menjalani ujian keberadaan Burung Walit disekitarnya.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda