Dun Apas — 23 July 2012
Majlis Penyerahan Tawaran Baik-Pulih Rumah Tabung Khas Nelayan

Sejumlah RM768,000 disediakan oleh Kerajaan melalui Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membaik-pulih sebanyak 64 buah rumah warga nelayan di kawasan Parlimen P190 Tawau. Untuk Fasa 1, seramai 14 warga nelayan menerima surat tawaran baik-pulih rumah mereka yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian/Perikanan Parlimen (MP3) Tawau YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dalam majlis ringkas di Tapak Tamu MP3 Sabindo. Tawfiq dalam ucapannya menyeru warga nelayan yang terpilih menerima peruntukan RM12,000/rumah program Baik-Pulih rumah tersebut agar sentiasa bersyukur diatas keperihatinan Kerajaan membantu golongan nelayan dinegara ini.Penyelarasan pembaik-pulih rumah nelayan di Parlimen Tawau akan dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tawau yang diwakili Pengerusinya Hassan Timbasal. Dalam majlis yang sama, Tawfiq turut melancarkan Gerai Nita Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau yang mempamirkan jualan produk-produk hasil keluaran ahli-ahlinya.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply