Dun Apas — 23 July 2012
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Balung Cocos Tawau Bhd 2012

Kejayaan sesebuah koperasi bergantung kepada kemampuan pihak lembaga pengarah serta pengurusan untuk berganding bahu melakar aktiviti perniagaan yang berdaya maju serta berdaya saing. Selain itu, pihak pengurusan juga perlu amanah serta berintegriti menjaga kepentingan ahli-ahli koperasi yang telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengurus perjalanan operasi serta perniagaan koperasi tersebut. Demikian pesanan yang disampaikan oleh ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahuan Koperasi Balung Cocos Tawau Berhad disebuah hotel di Tawau baru-baru ini. Tawfiq juga mahu melihat Koperasi Balung Cocos Berhad terus maju kehadapan dengan memberikan penekan kepada perpaduan dikalangan ahlinya dan pada masa yang sama menerokai peluang pelaburan baru yang mampu menjana pulangan yang berpatutan untuk kepentingan semua.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda