Dun Apas — 23 July 2012
Persidangan CIO Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2012

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Agensi-Agensi Kerajaan Negeri Sabah diseru agar meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan serta pentadbiran agensi masing-masing. Seruan tersebut dibuat oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa merasmikan Persidangan CIO Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2012 di Tawau baru-baru ini. Tawfiq juga menambah bahwa beberapa perkhidmatan kaunter yang ada hari ini perlu diubah-suai menjadi perkhidmatan “dalam talian” dimana borang-borang boleh diisi melalu internet. Begitu juga sistem pungutan cukai serta pembayaran untuk agensi kerajaan boleh dilakukan melalui “perkhidmatan online” . Semua ini adalah sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan dan “Connected Government” yang menjadi agenda keutamaan kerajaan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, Tawfiq juga mahu melihat agensi-agensi seperti Jabatan Bekalan Air, SESB, JKR ,Jabatan Parit dan Saliran, TM dan lain memiliki Laman Sosial Maya masing-masing selain Laman Web, bagi membolehkan pelanggan yakni rakyat untuk berinteraksi menyalurkan sebarang aduan serta permasaalahan berkaitan agensi masing-masing. Laman sosial agensi-agensi tersebut juga perlu sentiasa proaktif dalam menyalurkan sebarang maklumat mengenai gangguan perkhidmatan seperti kerosakan bekalan letrik, gangguan bekalan air, banjir dll untuk manafaat orang awam. Turut hadir dalam acara tersebut termasuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Joseph Guntavid dan Pengarah Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah Dr Minggu Jumaan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply