Dun Apas — 04 July 2012
Program Jalinan Kasih BAKISA Bagi DUN Apas 2012

Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat BN Sabah (BAKISA) mengadakan Program Jalinan Kasih di Kg Titingan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Apas. Rombongan BAKISA diketuai oleh Yang DiPertuanya YABhg Datin Seri Panglima Hjh Faridah Hj Tussin yang juga isteri kepada YAB Ketua Menteri Sabah. Program yang diadakan di Dewan Serbaguna Kg Titingan dihadiri hampir 600 warga kampung . Antara pengisian program termasuk penyampaian sumbangan barangan keperluan rumah kepada seramai 40 orang warga emas, ibu tunggal, anak yatim serta Orang Kelainan Upaya(OKU). BAKISA juga menyumbangkan buku-buku bernilai RM1,000 kepada Pusat Sumber Kolej Komuniti Tawau serta RM1,000 lagi untuk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kabota. Turut disampaikan 20 kerusi roda kepada warga yang memerlukan dari sekitar DUN Apas. Semua sumbangan adalah dari BAKISA dan disampaikan sendiri oleh YABhg Datin Seri Panglima Hjh Faridah Hj Tussin. Turut hadir ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan isterinya Datin Hjh Rahmah Sayed Ali.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda