Dun Apas — 23 July 2012
Program Mesej Dari Penjara 2012

Program pemulihan dalam penjara di Malaysia adalah proses berterusan bagi memberi kesempatan kepada para pesalah untuk menginsafi kesalahan lampau mereka serta berubah menjadi warga yang berguna untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat. Ketua Menteri Sabah YAB DSP Musa Hj Aman berkata demikian semasa merasmikan Program Mesej Dari Penjara “Sinar Keinsafan” di Eastern Plaza, Tawau dimana Teks Ucapannya disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Pelbagai program kemahiran yang dianjurkan dalam Penjara juga diharapkan boleh membantu bekas banduan untuk memulakan kehidupan dilandasan yang baik . Selain itu, pelbagai program kerohanian juga diadakan dari semasa kesemasa untuk memberi kesedaran kepada mereka. Program Mesej Dari Penjara merupakan program inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk memeberi kesedaran kepada masyarakat tentang fungsi Jabatan Penjara disamping mempamirkan produk-produk kraftangan yang dihasilkan oleh banduan yang sedang menjalani hukuman.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda