Dun Apas — 01 August 2012
Majlis Berbuka Puasa Masjid Habib Abd Rahman Tawau

Biro Agama UMNO Bahagian Tawau mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Habib Abd Rahman Bt 2 Jalan Apas Tawau. Seramai 70 orang warga emas/ibu tunggal/OKU telah menerima sumbangan kewangan, beras dan kain sarung yang disampaikan ADUN Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Turut bekerjasama menjayakan program tersebut ialah Pergerakan Pemuda UMNO Tawau yang menyumbangkan beras, serta Wanita dan Puteri UMNO Tawau.Majlis berbuka tersebut juga dihadiri pemimpin tempatan serta Rahim Koh yang merupakan Penasihat PBS Apas dan Balung.Selain berbuka puasa, jemaah juga turut menghayati Ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Abd Manap Abidallah dari Biro Agama UMNO Tawau.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda