Dun Apas — 24 August 2012
Pelancaran Konvoi Merdeka 2012

Sebanyak 30 buah kenderaan pacuan 4-roda menyertai Konvoi Merdeka 2012 sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Negara Malaysia. Konvoi Merdeka anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah, Biro Tatanegara Sabah (BTN) dan Majlis Perbandaran Tawau telah disempurnakan Pelancarannya oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan bertempat di Balairaya Kg Titingan Tawau. Tawfiq dalam ucapannya , memuji semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh para peserta konvoi dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang sanggup menerima cabaran menjelajah seluruh Sabah mengibarkan Jalur Gemilang walau dalam keadaan berpuasa dibulan Ramadan. Semangat Cintakan Negara tersebut perlu dicontohi oleh semua warga Malaysia dengan sekurang-kurangnya mengibar bendera Malaysia dan Negeri Sabah di rumah atau dipremis perniagaan masing-masing. Turut hadir dalam acara tersebut termasuk Presiden MPT Datuk Ismail Mayakub, Pengerah BTN Sabah Datuk Ibrahim Saad, Pengarah JPNIN Sabah Puan Nurul Akmalina dan orang kenamaan lain.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda