Dun Apas — 24 August 2012
Ziarah Ramadan Perumahan Taman Sri Apas

Perumahan Sri Apas juga tidak terkecuali menerima kunjungan Ziarah Ramadan ADUN Apas YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Disamping berbuka puasa bersama warga Taman, Tawfiq juga menyampaikan sumbangan kepada warga emas/ibu tunggal/OKU/ anak yatim untuk meringankan beban menghadapi sambutan Hari Raya. Turut menyumbang termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Tawau dengan sumbangan beras manakala seorang usahawan muda perikanan Sdr Ali Alwi turut menyumbang wang ringgit. Dimajlis yang sama, Tawfiq turut merasmikan Masjid baru PPR Taman Sri Apas iaitu Masjid Cahaya Raudhah.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda