Dun Apas — 14 January 2013
Bertemu Jentera pilihan raya

Jentera pilihan raya di peringkat daerah pengundi haruslah sentiasa memperbaharui semangat dan strategi untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, ketua cawangan, jalinan rakyat dan jentera pilihan raya di peringkat daerah mengundi mesti mempunyai azam yang kuat untuk memastikan pengundi di bawah jagaan mereka sentiasa memilih untuk mengundi calon Barisan Nasional.Katanya, komitmen jentera pilihan raya yang dilantik di peringkat daerah mengundi amat penting bagi memastikan mereka memahami keperluan dan denyut nadi pengundi. “Sudah sampai masanya, jentera pilihan raya ini memainkan peranan dengan mengubah sikap apabila berhadapan dengan para pengundi di bawah jagaan mereka,”katanya semasa berucap dalam Majlis Taklimat Khas Ketua Cawangan dan Jalinan Rakyat bagi Daerah Mengundi Titingan di sini.  Tambahnya, para pengundi di bawah jagaan mereka haruslah sentiasa diberikan perhatian dan penerangan lanjut berhubung isu-isu semasa agar mereka memahami keadaan semasa.Justeru, jentera yang diberi tanggungjawab ini merupakan orang yang sangat penting dan mempunyai peranan besar dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply