Dun Apas — 23 January 2013
Janji 20 Peratus Royalti Minyak Bukti Pakatan Pembangkang Tak Faham Industri Petroleum

Janji menaikkan royalti minyak antara 15 hingga 20 peratus kepada Sabah yang ditabur pakatan pembangkang sekiranya mereka memerintah menunjukkan pembangkang tidak memahami selok-belok industri petroleum.
Sambil menyifatkan ia sebagai janji bohong, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sebagai jurutera yang pernah berkerja dengan syarikat petroleum antarabangsa, beliau mengetahui bahawa industri petroleum berisiko tinggi dan memerlukan modal pelaburan yang amat besar.”Setiap hasil daripada 100 tong minyak Sabah yang dikeluarkan, lima peratus pergi kepada negeri Sabah dan lima peratus lagi kepada kerajaan persekutuan. Sebanyak 45 peratus untuk mencari gali minyak dan 45 peratus lagi adalah keuntungan (kasar) yang dikongsi Petronas dengan rakan syarikat cari gali seperti Shell dan Esso.
“(Selepas pembahagian hasil dan membayar cukai) Hasil yang diperoleh Petronas kira-kira 16 peratus. Sekiranya (royalti Sabah) diberi lagi 10 peratus, Petronas akan tutup,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan Elaun Sara Hidup kepada 504 nelayan Tawau di sini hari ini.Tawfiq berkata sebagai sebuah daripada syarikat petroleum terbaik di dunia, Petronas perlu terus kukuh kerana ia amat penting kepada Malaysia untuk masa depan negara.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda