Dun Apas — 28 January 2013
Manfaatkan Bantuan Persekolahan RM100

Ibu bapa hendaklah memanfaatkan pemberian bantuan khas persekolahan sebanyak RM100 oleh kerajaan untuk keperluan anak-anak mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, bantuan itu merupakan kesinambungan daripada bantuan yang pernah diberikan sebelum ini.”Kerajaan percaya dengan bantuan ini, ia dapat membantu membeli peralatan persekolahan anak-anak,” katanya ketika menyampaikan bantuan khas awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kuala Apas di sini.Tawfiq yang juga Pembantu Menteri Kewangan yakin ibu bapa berpuas hati dengan usaha kerajaan tersebut apatah lagi ia bertujuan untuk melonjakkan bidang pendidikan negara.Usaha itu juga, jelasnya, selaras dengan dasar kerajaan negeri yang mahu melihat pendidikan anak- anak terbela, bukan sahaja memburu tempat terbaik dalam ujian peringkat kebangsaan, tetapi berkaitan aspek sahsiah dan jati diri mereka.”Memang menjadi hasrat kerajaan untuk menghasilkan sekolah yang hebat, di mana di dalamnya ada guru berkualiti dan pelajar yang punyai jati diri yang kuat.Pada masa yang sama, Ketua UMNO Bahagian Tawau itu juga berharap SK Kuala Apas akan terus maju dalam segenap bidang dan jangan jadikan segala kekurangan menjadi penghalang kepada kemajuan bidang pendidikan anak-anak.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda