Dun Apas — 09 January 2013
melawat keluarga mangsa lemas di Kampung Batu Payung

TAWAU: Nelayan diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan daripada pihak berkuasa sebelum turun ke laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Apas, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, sentiasa mengikut arahan daripada pihak berkuasa dan meneliti keadaan cuaca sebelum turun ke laut adalah sesuatu yang amat penting di samping bersiap sedia dengan kelengkapan keselamatan seperti jaket keselamatan dan peralatan keselamatan lain yang difikirkan perlu.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kediaman ibu bapa mangsa lemas di Kampung Batu Payung malam semalam. Dalam lawatan tersebut Tawfiq telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa lemas terbabit.
Pada masa yang sama, Tawfiq yang juga Pembantu Menteri Kewangan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang dan komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa lemas tersebut.
” Komitmen dan usaha menyelamat pasukan keselamatan seperti pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta orang kampung amatlah kita hargai”, katanya lagi.
Beliau juga meminta agar keluarga mangsa lemas terbabit dapat bersabar dan berharap mangsa lemas tersebut akan ditemui segera.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda