Dun Apas — 11 January 2013
Membantu Dalam Membangunkan Negara

TAWAU: Hubungan baik antara kerajaan dan pihak swasta amat penting dalam menjana kemajuan ekonomi negara sekali gus memberi impak positif kepada rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, hubungan baik antara kerajaan dan swasta dapat membantu dalam membangunkan negara melalui pemasaran produk dan aktiviti ekonomi hiliran yang dijana.Di samping itu, katanya, sekiranya pihak swasta dapat membangun, maka ia sudah tentu dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat di kawasan sekitarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru 2013 di salah sebuah syarikat import dan eksport tempatan di Kampung Tinagat di sini.
Pada masa yang sama, Tawfiq yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah berharap syarikat-syarikat swasta tempatan akan terus menjadi agen kepada kejayaan konsep Satu Malaysia.Saya amat berbangga melihat pencapaian syarikat ini selain mempunyai pekerja berbilang kaum dan sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya,” tegasnya lagi.Sehubungan itu, katanya, pihak swasta lain haruslah mencontohi syarikat ini dan berharap kita dapat terus mengekalkan perpaduan di antara satu sama lain.Seramai lebih 200 orang pekerja menghadiri majlis sambutan tahun baru tersebut. Mereka turut diraikan pelbagai persembahan dalam majlis berkenaan.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda