Dun Apas — 28 January 2013
Parlimen Tawau digesa memperkemaskan jentera pilihan raya

Semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Parlimen Tawau digesa memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa.Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Tawau, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, langkah itu amat penting bagi memastikan jentera mereka terus digerakkan secara teratur menjelang pilihan raya akan datang.”Masalah yang berlaku di setiap PDM sebelum ini perlu dijadikan pengajaran. Apabila jentera dan PDM tersusun maka operasi dapat berjalan lancar dan tumpuan dapat diberikan untuk berkempen meraih sokongan pengundi di kawasan masing-masing,” katanya.Tawfiq yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau berkata demikian pada majlis perjumpaan masyarakat di Kampung Gading, di sini.Menurut beliau, Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti merupakan yang paling getir bagi Barisan Nasional (BN), maka setiap isu yang boleh menjejaskan sokongan pengundi perlu dikenal pasti dan diatasi sebaik mungkin.Justeru, katanya, setiap isu yang dikemukakan hendaklah diteliti dan difahami dengan lebih mendalam dan diberikan penerangan secara menarik.

Tegasnya, isu royalti minyak dan beberapa isu lain haruslah diberikan penjelasan sewajarnya di peringkat kampung supaya mereka memahami isu tersebut dan mengelakkan isu tersebut diputarbelitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda