Dun Apas — 25 January 2013
Pelancaran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perbandaran Tawau 1434H bersamaan 2013 M

YB Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan bersama ribuan masyarakat Tawau berarak dari Majlis Perbandaran Tawau menuju ke Dewan Masyarakat Tawau sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Difahamkan sebanyak 80 kontinjen menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perbandaran Tawau ini.Pertandingan Marhaban dan Berzanji serta pertandingan sepanduk turut memeriahkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.Dalam ucapan perasmian, Datuk Tawfiq yang juga Pembantu Menteri Kewangan menegaskan bahawa Wassatiyah adalah sesuatu yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan ummah sejagat. Justeru, katanya, panduan dan ajaran Rasulullah S.A.W yang bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah amatlah bertepatan dengan senario kehidupan hari ini.Beliau juga mengajak umat Islam untuk sama-sama berusaha mengembalikan semula kemajuan yang pernah dikecapi oleh umat Islam melalui bimbingan Rasulullah dan ketakwaan kepada Allah sw.t.
Oleh hal yang demikian, Datuk Tawfiq yang juga Wakil Rakyat Apas menggesa umat Islam untuk sama-sama menghayati sirah perjuangan Rasulullah S.A.W yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda