Dun Apas — 23 January 2013
Tawfiq menyampaikan bantuan khas RM100 kepada 1000 pelajar

Bantuan RM100 yang diberikan kepada pelajar sekolah hendaklah digunakan sebaik-baiknya bagi kepentingan para pelajar untuk menggunakan wang tersebut tujuan pembelajaran.Wakil Rakyat Kawasan N.56 Apas Yang Berhormat Datuk Tawfiq Haji Abu Bakar Titingan berkata, bantuan khas yang diberikan kerajaan itu, hendaklah dimanafaatkan sebaik-baiknya sekaligus turut meringankan beban ibu-bapa yang kurang berkemampuan.
Beliau juga meminta pihak sekolah agar tidak memotong bantuan ini dan ia hendaklah diserahkan terus kepada murid atau ibu bapa.Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha kerajaan dalam membantu para pelajar dan ibu bapa yang kurang berkemampuan dan berharap agar masyarakat terus memberikan sokongan kepada kerajaan yang telah membantu mereka.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penyerahan bantuan khas RM100 kepada murid SK Titingan di sini.Lebih 1000 pelajar sekolah menerima bantuan tersebut di sekolah berkenaan dan turut dihadiri oleh Guru besar SK Titingan Hasan Kadir dan Pengerusi PIBG, Arbain Abdul Rahman.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply