Dun Apas — 12 February 2013
Beri khidmat terbaik kepada murid Kafa.

Kerajaan negeri meminta guru di Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di negeri ini supaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada murid yang mendapat pendidikan di kelas itu.Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, usaha tersebut dapat membantu meningkatkan pencapaian murid ke tahap yang lebih baik.Katanya, ini terbukti apabila Kafa di daerah Tawau muncul sebagai antara Kafa yang terbaik di Sabah dan tidak mustahil untuk mencapai yang terbaik di peringkat kebangsaan.
“Pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh murid ini sangat membanggakan kerana keputusan itu setanding dengan kelulusan murid di sekolah aliran biasa,” katanya.Beliau berkata demikian pada majlis Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) Bahagian Tawau yang diadakan di Oditorium Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau di sini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jakim, Razali Syahabuddin dan Pemangku Pengarah Jakim Sabah, Norjeli Daisehubungan itu, Tawfiq yang juga Wakil Rakyat Apas berkata, guru Kafa juga perlu mengisi jiwa anak-anak dengan ilmu supaya mereka menjadi insan yang berakhlak dan berhati mulia.”Kita dapati masyarakat hari ini bangga dengan kejayaan anak-anak, tetapi jiwa anak-anak mereka masih kosong dan perlu dididik dengan amalan mulia.”Oleh itu, sampaikan ilmu yang memberi faedah kepada anak-anak dan bukan merosakkan jiwa mereka dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat,” tegasnya.”Untuk mencapai kejayaan pada tahap ini, bukan suatu yang mudah jika tidak disertai dengan wawasan, kesungguhan, keikhlasan dan komitmen yang tinggi daripada pihak pengurusan dan guru-guru,” katanya lagi.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pengurusan Kafa Daerah Tawau dan Jakim di atas keprihatinan dan komitmen yang tinggi dalam memastikan kelangsungan program itu dengan pencapaian lebih cemerlang.Budaya ini perlu terus diberikan perhatian dan diutamakan ke arah menentu ketahanan masyarakat dengan jati diri yang teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran lebih kompleks dalam dunia tanpa sempadan kini.Dalam memikul tanggungjawab ini, katanya, ibu bapa tidak seharusnya lepas tangan dan mestilah bersama menanganinya ke arah pembentukan peribadi mulia dengan merangsang minda kanak-kanak melalui aktiviti yang telah dimulakan oleh para guru.”Asas yang telah disemai oleh guru-guru perlu dipupuk dan disuburkan lagi oleh ibu bapa agar kanak-kanak ini terus mekar membudayakan tradisi membaca al-Quran dalam kehidupan mereka kelak,” ujarnya lagi.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda