Dun Apas — 05 February 2013
Menyemai semangat ukhuwah dan perpaduan

Setiap lapisan masyarakat diseru menyemai semangat ukhuwah dan perpaduan bagi memastikan suasana aman dan harmoni terus dapat dikecapi di negara ini.Wakli Rakyat Apas,Datuk Tawfiq  Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, bagi mencapai kejayaan cemerlang itu, umat Islam hendaklah mengamalkan kesederhanaan atau wasatiyyah dan bukannya bertindak keterlaluan sehingga boleh memudaratkan agama, bangsa dan negara.”Selaras tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, kesederhanaan harus diterjemahkan dan diamalkan  terutama dalam menentukan kedudukan umat Islam dalam dunia global, teknologi, ilmu dan ekonomi ke arah membina tamadun gemilang,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Gading dekat sini.Tambahnya lagi, sambutan itu yang diadakan setiap tahun amat bertepatan kerana selain menambahkan lagi kecintaan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW program tersebut secara langsung dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam di sini.”Umat Islam perlu mencontohi peribadi Nabi Muhammad bagi melakar kejayaan dalam membela agama, bangsa dan negara sebagai sanjungan serta rasa cinta umat terhadap Rasulullah SAW,” kata Pembantu Menteri Kewangan itu.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply