Dun Apas — 15 February 2013
Merasmikan penutupan Karnival Tahun Baru Cina 2013

YB Datuk Tawfiq Hj Abu Bakar Titingan Pembantu Menteri Kewangan Sabah merasmikan penutupan Karnival Tahun Baru Cina 2013 baru-baru ini. Karnival yang berlangsung di Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau itu bermula dari 4 haribulan hingga 7hb.Dalam ucapannya, beliau berharap semua golongan masyarakat daerah ini agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan. Disamping itu juga, beliau menyeru agar kepelbagaian suku kaum di daerah ini dapat memupuk semangat keharmonian dan kesejahteraan agar bertambah ama dan damai. Sepanjang karnival itu berlangsung, dianggarkan kira-kira 20 ribu orang hadir bagi mengunjungi tapak karnival jualan. Dikesempatan itu juga Tawfiq sempat menyampaikan anugerah kepada pemenang pertandingan fotografi yang dianjurkan semasa karnival.Turut hadir dalam acara itu ialah presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Ismail Mayakob, Ketua PBS Bahagian Sri Tanjung Fung Len Fui, Puan Marry Yap dan ramai lagi.Karnival anjuran bersama Majlis Perbandaran Tawau dan Parti Bersatu Sabah (PBS) DUN Sri Tanjung.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda