Dun Apas — 12 February 2013
Peringkat Pusat Daerah Mengundi

Jentera Barisan Nasional (BN) terutama di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu lebih responsif dan bergerak ke tahap maksimum bagi memastikan kesiapsiagaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, jentera akar umbi BN tidak boleh bersikap santai memandangkan tuntutan pengundi pada masa ini berbeza berikutan kira-kira 40 peratus daripada mereka adalah golongan muda.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bagi Pusat Daerah Mengundi Apas di sini.
Dalam majlis itu, Tawfiq yang juga Pembantu Menteri Kewangan turut menyampaikan bantuan kepada warga tua berusia 60 tahun ke atas.Menurut beliau, jentera BN sepatutnya sudah mewujudkan dan mengagihkan senarai tugas masing-masing berhubung perkara yang perlu dilakukan semasa pilihan raya termasuk melibatkan soal pengangkutan.Katanya, setiap mereka yang ditugaskan sebagai Jalinan Rakyat (JR) hendaklah sentiasa senyum dan mesra dengan masyarakat terutamanya pengundi bagi memastikan mereka sentiasa gembira dan menerima kehadiran mereka.Dalam pada itu, Tawfiq turut menggesa agar masyarakat setempat akan sentiasa menyokong kerajaan BN bukan sahaja memastikan pembangunan berterusan malah yang lebih penting memastikan anak-anak cucu mereka terbela.Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Arifin Kassim, Aktivis Pendidikan Datuk Mary Yap dan Ketua Zon UMNO Apas, Taha Malisi.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda