Dun Apas — 21 February 2013
Program My Beautiful Malaysia 2013

Rakyat di daerah ini, khususnya golongan muda diseru memberi sumbangan kepada masyarakat secara berterusan menerusi penglibatan dalam pelbagai program serta aktiviti bersifat kesukarelaan.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, semangat kesukarelaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Tawau telah wujud sejak zaman dahulu namun semakin terhakis ekoran pembangunan pesat di seluruh daerah ini.Sehubungan itu, kata beliau, semangat kesukarelaan perlu disuburkan kembali kerana selain mengeratkan perpaduan, budaya positif tersebut mampu membentuk generasi baharu yang bijak berinteraksi, lebih peka serta bertanggungjawab.”Zaman sekarang sudah berbeza, semakin kurang orang muda menyertai program bersifat sukarela seperti gotong-royong.”Semangat kesukarelaan ini perlu dihidupkan kembali demi kesejahteraan negara pada masa depan,” katanya ketika melancarkan Program Senam Robik Satu Malaysia sempena program My Beautiful Malaysia 2013 di Balai Raya Kampung Titingan di sini.
Seramai lebih 200 orang menyertai senam robik tersebut. Setelah itu mereka beramai-ramai mengadakn gotong royong di sekitar masjid di kampong berkenaan.Program My Beautiful Malaysia 2013 merupakan aktiviti gotong-royong serta kerja amal besar-besaran yang dilancarkan serentak di seluruh negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.Tawfiq yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau dalam pada itu menambah, rakyat di negara-negara maju seperti Jepun mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi kerana amat menitikberatkan aspek kebersihan di kawasan komuniti masing-masing.”Nilai positif seperti ini jugalah yang perlu ada dalam diri setiap kita, rakyat Malaysia,” katanya.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda