Dun Apas — 10 February 2013
Sambutan Maulidur Rasul Persatuan Khairunnisa di kampung Ranggu

Umat Islam diajak meneruskan sifat kesederhanaan yang diamalkan Rasulullah SAW dalam memastikan misi membina negara maju dan berdaya saing mampu dicapai.Menurut Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, konsep wasatiyyah yang ditunjukkan Rasulullah SAW itu telah melahirkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam serta memacu kemajuan setiap bangsa dan negara di dunia.”Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, kita melihat konsep wasatiyyah yang baginda tunjukkan telah melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Persatuan Khairunnisa Kampung Ranggu di sini.Katanya, beliau yakin amalan kesederhanaan yang diamalkan Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara Islam lain bagi menyelesaikan isu isu berbangkit khususnya yang berkaitan dengan masalah sosial semasa.Sempena sambutan Maulidur Rasul, Tawfiq yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau mengajak seluruh umat Islam memperbanyakkan selawat dan salam sebagai tanda kasih dan sayang terhadap Rasulullah SAW.Menurutnya, Rasulullah SAW merupakan insan paling unggul dan hebat yang perlu menjadi ikutan dan contoh kepada umat Islam.Pada masa yang sama, beliau berharap lebih banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan menconntohi usaha yang dilakukan oleh Persatuan Khairunnisa dalam menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan, khasnya di daerah Tawau.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengerusi Persatuan Khairunnisa Daerah Tawau, Aminah Zainuddin

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda