Dun Apas — 05 February 2013
Tahun Baru Cina lambang perpaduan

Sambutan Tahun Baru Cina merupakan sebahagian daripada bukti lambang perpaduan dan semangat muhibah pelbagai kaum di negara ini.Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Tawau, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, perayaan yang disambut dengan penuh makna itu membuktikan semangat perpaduan serta pemangkin kepada keutuhan pelbagai kaum.”Kekuatan  seperti ini harus dipertahankan sampai bila-bila kerana tanpa perpaduan seperti ini pembangunan berterusan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya pada masa akan datang kerana kita hidup dalam satu komuniti yang berbilang kaum,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis sambutan pembukaan Persembahan Tarian Singa sempena meraikan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Tawau, di Dewan Masyarakat Tawau ini.Orang ramai yang hadir pada majlis tersebut turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik termasuk tarian singa dan naga.Sementara itu, beliau berharap masyarakat Cina di Tawau akan sentiasa menyokong kerajaan yang ada dalam usaha menjadikan Malaysia negara yang maju dan berdaya saing.Turut hadir, AhliParlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ismail Mayakub

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda