Dun Apas — 16 March 2013
Penyampaian Bantuan Baucer Karisma dan kepada Jalinan Rakyat (JR)

Seramai 50 keluarga miskin dalam kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Apas diberi bantuan menerusi Program Kebajikan Rakyat
1Malaysia (Bantuan Karisma) di sini hari ini.

Penyampaian bantuan itu diadakan di Balai Eaya Kampung Titingan dan
para penerima terdiri daripada penduduk Kampung Titingan dalam DUN
Apas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
berkata, kesemua penerina terdiri daripada keluarga yang kurang
berkemampuan masing-masing menerima antara RM300

“Bantuan Karisma bagi meringankan beban hidup kumpulan sasar ini
bergantung kepada bilangan anak penerima yang bersekolah dan tahap
kemiskinan kumpulan sasar itu sendiri.

“Bantuan ini disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membela nasib
keluarga tidak berkemampuan yang disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan
Masyarakat,” katanya di majlis berkenaan.

Beliau memberitahu, bantuan itu adalah sebahagian daripada RM1.4
bilion yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat bagi membantu kira-kira
500,000 orang kumpulan sasar yang berkelayakan, terutama golongan
miskin luar bandar di seluruh negara.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Hjh
Rosdianah Md Noor dan Wakil Parti Bersatu Sabah Datuk Mary Yap Kain
Ching

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda