Dun Apas — 05 March 2013
Seminar Kenali Anak Kita SK Wakuba

Ibu bapa harus memberikan perhatian kepada anak-anak mereka dengan meluangkan masa dan mencurahkan kasih sayang secukupnya agar menepati hasrat melahirkan modal insan yang memacu negara.Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kemajuan sesebuah negara terletak pada generasi baru yang akan menggalas tanggungjawab membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi.”Kemajuan sesebuah negara terletak pada pembangunan aset utama iaitu modal insan. Anak-anak kita adalah modal insan untuk masa depan yang sekali gus menjadi pewaris bagi meneruskan agenda negara.”Sebagai ibu bapa kita haruslah mengenali kekuatan serta kelemahan anak kita dan memupuk potensi mereka supaya menjadi insan yang berilmu serta berkemahiran,” katanya semasa berucap merasmikan Seminar Kenali Anak Kita SK Wakuba, dekat sini hari ini.Program yang bermula sehari suntuk itu bertujuan menggalakkan hubungan sihat dalam kalangan ahli keluarga dan melengkapkan ibu bapa dengan kemahiran, maklumat serta pengetahuan bagi mengesan seterusnya menghalang tingkah laku tidak bermoral anak masing-masing.Tambahnya lagi, ibu bapa seharusnya membimbing anak-anak mereka supaya mempunyai kekuatan dan ketahanan daripada terpengaruh dengan tingkah laku sosial yang memesongkan.”Anak kita adalah satu amanah yang dikurniakan oleh Tuhan. Mereka ibarat kain yang putih kita ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka,” katanya.Sementara itu, Guru Besar SK Wakuba, Salina Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, sebagai sebuah sekolah yang bertanggungjawab, kita mengadakan program ini bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa betapa pentingnya kaedah yang betul mendidik anak mereka.Katannya, kesedaran ibu bapa amat penting dalam mengenalpasti minat dan kecenderungan anak agar segala hasrat yang diimpikan akan menjadi kenyataan.Beliau berharap SK Wakuba akan terus maju melalui pelbagai rancangan kemajuan pendidikan yang telah disusun atur.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda