Dun Apas — 05 March 2013
Seminar Motivasi dan Keibubapaan Murid UPSR 2013

Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sini khususnya golongan bapa diingatkan supaya aktif dalam setiap aktiviti persatuan itu.Anggota Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kebelakangan ini ramai tidak hadir setiap kali mesyuarat, perjumpaan atau kegiatan yang melibatkan PIBG.”Golongan bapa perlu aktif melibatkan diri dalam setiap program anjuran PIBG atau pun pihak sekolah. Ini supaya memberi impak yang lebih baik kepada pelajar dan sekolah.”Ini penting kerana program anjuran PIBG dan sekolah sebenarnya membuka ruang serta peluang kepada kita untuk membincangkan pencapaian pelajaran anak-anak,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Motivasi dan Keibubapaan Murid UPSR 2013 SK Batu 22  dekat sini hari ini.Menurut Tawfiq, pihak sekolah akan berbesar hati sekiranya golongan tersebut prihatin dengan turut serta dalam semua aktiviti PIBG kerana banyak perkara boleh dibincangkan.Beliau berkata, kesepakatan dan keputusan sebulat suara daripada semua ahli PIBG adalah penting bagi menentukan hala tuju atau sasaran pihak sekolah.Katanya, begitu juga dengan masalah murid atau sekolah yang menuntut penyelesaian hasil daripada keputusan muafakat PIBG.Ketika ini ujarnya, golongan wanita lebih ramai dan komited dalam memberi sokongan kepada program anjuran sekolah mahupun PIBG berbanding lelaki.”Guru hanya pembimbing. Oleh itu, mereka tidak boleh mengharapkan sepenuhnya kepada guru untuk menjaga dan mendidik anak tetapi mereka perlu berkerjasama,” katanya.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda