Dun Apas — 06 March 2013
Solat Hajat, Doa dan Sumbangan

Kerajaan akan terus memberikan perhatian dan tidak pernah mengabaikan kebajikan golongan nelayan, khususnya semasa musim tengkujuh.Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengambil pelbagai langkah dan bantuan kepada golongan nelayan seperti elaun sara hidup selain bantuan kebajikan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK). ”Kerajaan bukan sahaja menghulurkan bantuan elaun sara hidup nelayan tetapi turut memberikan pelbagai peruntukan lain seperti pembaikan rumah dan subsidi diesel,” katanya ketika  berucap dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada Nelayan Kampung Batu Payung, Tinagat dan Membelua yang menghadapi masalah semasa musim tengkujuh yang dikelolakan bersama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tawau di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi PNK Tawau, Hassan Timbasal.Seramai 80 orang nelayan menerima sumbangan pada majlis tersebut. Sebelum majlis tersebut, Tawfiq bersama masyarakat kampung berkesempatan menunaikan solat hajat, bacaan yasin dan bacaan doa selamat untuk  para pejuang dan mengelakkan malapetaka berikutan pencerobohan di Lahad Datu. Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berharap sumbangan yang disalurkan itu dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh golongan nelayan di kawasan berkenaan.Katanya, nelayan yang menghadapi masalah ini haruslah mencari kaedah lain untuk menambahkan sumber rezeki apabila mereka tidak dapat turun ke laut.Pada masa yang sama, beliau menggesa agar masyarakat di sekitar pesisir pantai ini sentiasa berhati-hati dan berwaspada“Sekiranya timbul sebarang kecurigaan terhadap sesuatu perkara mereka hendaklah melaporkannya segera kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

 

 

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda